1 2 3 4 5

D SEJARAH TEMPAT PERCUTIAN

PROMOSI... PROMOSI.. PROMOSI..
UNTUK TEMPAHAN PAKEJ PULAU PERHENTIAN / REDANG..
5 - 10org DISKAUN 2%
15org keatas DISKAUN 4%

KELEBIHAN BERMUSFIR / MELANCONG
Banyaknya kita bermusafir, adalah untuk mendapat kemuliaan melalui 5 kelebihannya. Menurut Imam Syafi'i, melalui bermusafir itu, akan menghilangkan kesedihan. Apabila di dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Maka, kita akan melihat kesusahan kitahanya sedikit berbanding orang lain.
Bermusafir juga mampu membantu kita untuk memulakan hidup yang baru. Menilai diri serta bermuhasabah atas kesalahan dan kelemahan dalam kehidupan. Ada juga dikalangan kita yang bermusafir kerana menginginkan ilmu untuk kehidupan. Ilmu tidak datang di dalam kelas-kelas pengajian yang statik tetapi ia akan lebih jelas dan indah apabila dilihat, diamal serta dihayati dengan kebesaran Allah s.w.t..
Apabila banyak kita berjalan, maka luaslah pemandangan. Banyaklah perkenalan dan bergaul dengan ramai manusia yang kita jumpai. Belajarlah darinya melalui peragai dan ragam mereka. Sekaligus itu akan menguatkan jiwa kita apabila pengalaman dan ilmu berjaya di satukan. Mudah-mudahan, niat kita bermusafir akan lebih bermakna dan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.




CAMERON HIGHLAND
Bandar Tanah Rata adalah pusat bandar utama di Cameron Highlands. Di bandar ini letaknya  pusat pentadbiran kerajaan dan pusat perniagaan. Tanah Rata mendapat namanya dari penemuan dan penempatan awal di kawasan tanah yang rata. Ianya terletak kira-kira 209 km dari Kuala Lumpur, 60 km dari Tapah, 87 km dari Simpang Pulai, Ipoh dan 110 km dari Gua Musang. Anda juga boleh sampai ke sini melalui jalan Raub - Sg.Koyan sejauh 150 km. Seperti pusat bandar yang lain, bandar ini juga menerima pembangunan infrastruktur yang pesat. Terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, cenderahati, dan aneka makanan. Perkhidmatan pengangkutan, pusat info pelancongan, cafe, spa, homestay dan hotel juga ditawarkan. Bandar ini juga tidak terlepas dari kesibukan dan kesesakan ketika musim cuti. Tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati di sekitar bandar ini ialah Taman Agroteknologi Mardi, Robinson Waterfall, Parit Fall, Kampung Taman Sedia dan Ladang Teh Bharat.

TAMAN NEGARA MALAYSIA
Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. 

  
PULAU PERHENTIAN
Sekarang Pulau Perhentian sedang pesat membangun. Segala kemudahan asas yang ada di Tanah Besar terdapat di sini walaupun tidak secanggih yang terdapat di Tanah Besar. Penduduk Pulau Perhentian hampir mencapai angka seribu orang. Kehidupan mereka kini tidak lagi susah dan perit sebagaimana beberapa dekad yang lalu. Mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Dengan adanya kemudahan eletrik 12 jam, penduduk di sini mampu memiliki dan mengikuti perkembangan semasa melalui peti televisyen dan tidak lagi tertutup kepada dunia luar. Boleh dikatakan hampir setiap keluarga memiliki peti televisyen dan setiap rumah diterangi lampu letrik. Di samping tenaga letrik penduduk Pulau Perhentian juga mendapat kemudahan bekalan air paip yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Perkampungan Pulau Perhentian kini menjadi sebuah perkampungan yang lebih tersusun kerana adanya beberapa fasa perumahan yang dibina oleh kerajaan di samping beberapa fasa lagi yang dalam pembinaan. Apabila semua projek perumahan kos rendah yang dibina itu siap, Pulau Perhentian akan menjadi satu perkampungan yang cantik, kemas dan tersusun. Dalam tempoh beberapa tahun lagi Pulau Perhentian tidak akan ada lagi rumah-rumah di tepi pantai yang menyesakkan persekitaran.
Selain dari itu, Pulau Perhentian kini mempunyai beberapa kemudahan asas yang lain, iaitu sebuah sekolah untuk kemudahan anak-anak tempatan, sebuah klinik untuk memberi rawatan dan kemudahan kesihatan kepada penduduk kampung sebelum dihantar ke pusat kesihatan besar di Tanah Besar. Sebuah pondok polis didirikan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang memerlukan pertolongan.
Sejak penghujung dekad 70an, pelancong dari dalam dan luar negara tidak putus mengunjungi Pulau Perhentian. Ramai pelancong luar negara mengunjungi Pulau Perhentian kerana udaranya yang bersih, pantainya yang cantik dengan pasir putih bersih serta persekitaran pulau yang menarik. Oleh kerana kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara kian meningkat, penduduk kampung merebut peluang yang ada dengan menyediakan keperluan untuk para pelancong. Banyak rumah tumpangan didirikan untuk disewakan kepada pelancong. Bot-bot untuk kemudahan pelancong pergi dan balik dari Pulau Perhentian juga disediakan. Perkembangan ini telah menjadikan penduduk Pulau Perhentian mempunyai pilihan dalam mencari rezeki untuk keluarga. Dari segi taraf hidup, penduduk Pulau Perhentian kini mempunyai taraf hidup yang sama dengan apa yang dirasakan oleh penduduk di Tanah Besar.

TASIK KENYIR ( HOUSEBOAT )
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.
Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. 
Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.
Keunikan dan keindahan alam di Tasik Kenyir sentiasa menarik kehadiran pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Banyak lokasi menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Dengan menaiki bot laju, seseorang itu memerlukan empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik.

PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor terletak di Pantai Barat Semenanjung, di dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Ia merupakan pusat pelancongan utama di negeri yang sedang dimajukan sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari dan dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor.
Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam.
Justeru itu, kami sedia menguruskan tempat penginapan di Pantai Pasir Bogak iaitu Coral Bay Resort sahaja
Manakala Pantai Teluk Nipah iaitu Pangkor Bayview Beach Resort, Pangkor Indah Beach Resort,Palma Beach Resort,Purnama Beach Resort, Flora Beach Resort danPangkor Inn Chalet.

HouseBoat Tasik Kenyir 2018


HOUSEBOAT TASIK KENYIR, TERENGGANU

Jeti :

Pengkalan Gawi Tasik Kenyir


Kemudahan :
2 Buah Speedboat 
4, 6, 10 Bilik Tidur 


( Pilih ikut bajet Anda Rujuk Flayer Dibawah )

1 Ruang Tamu ( karaoke dan astro )

1 Ruang Dapur dan alat masak di sediakan ( makan & minum masak sendiri )
1 Ruang Makan
Ruangan memancing yang selesa

Aktiviti :
Memancing pelbagai ikan (Toman, Kelah, Sebarau, Siakap, Lampan, Baung dan lain-lain lagi)
Kelah Sanctuary
Taman Negara
Photografi
Air terjun
Bersantai 
Menghayati alam semula jadi
BBQ

Tempat-tempat menarik :
Kelah Sanctuary (Santuari kelah)
Gunung Bewah
GUnung Taat
Sungai Petang
Sungai Terengan Taman Negara
Sungai Cacing
Kuala Perpek
Air Terjun Lasir
Air Terjun Saok
Dan lain-lain

Sesuai untuk :
Pemancing
Bercuti bersama keluarga
Rehatkan minda


Pakej SEWA HOUSEBOAT :

2H 1M Dari Rm1400 - RM2700

3H 2M Dari RM2700 - RM4500


PAKEJ MAKAN :

2H 1M RM95.00 pax Dewasa
3H 2M RM165.00 pax Dewasa
( min 15orang )

Nota: Deposit  Tempah 30- 40% 

call@wasap:
0103407867


Like us on Facebook
Follow us on Twitter
Recommend us on Google Plus
Subscribe me on RSS